Usahawan Fest 2024
14 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniSekitar Perlis Usahawan Fest 2024 yang berlangsung hari ini sehingga 15 Disember 2024 (Jumaat hingga Ahad) di Dewan 2020, Kangar, Perlis.
Pelbagai aktiviti menarik ada di sini. NADI & MCMC PRSO pun turut serta menyertai pameran dan promosi ROAD TO 1 MILLION MEMBER.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bersempena Perlis Usahawan Fest 2024 (PUF2024) bagi menarik semua golongan dan lapisan masyarakat untuk hadir ke PUF 2024. Antaranya ialah ‘Pocket Talk’ oleh agensi, bicara usahawan, bengkel salon dandanan rambut untuk lelaki dan wanita, pertandingan busana tradisional etnik, pertandingan mewarna, fun run, fun ride, zumba, pertandingan E-Sport, cabutan bertuah dan terdapat lebih 100 buah gerai jualan dan pameran daripada pelbagai Sektor dan Agensi yang terlibat dalam PUF2024.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: