Program Jom Riuh Merdeka 2025
29 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2025, telah berlangsung Program Jom Riuh Merdeka anjuran Perpustakaan Simpang Empat dengan penglibatan pelajar-pelajar tadika sekitar Parlimen Arau bersama guru dan ibu bapa. Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Simpang Empat, Tuan Razali yang merasmikan majlis serta menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan termasuk senamrobik oleh pihak Program Kenali Ubat Anda, explorace, hiasan bertemakan kemerdekaan, peragaan baju Merdeka, aktiviti mewarna poster kemerdekaan dianjurkan oleh pihak perpustakaan serta kuiz keselamatan siber & internet selamat oleh pihak NADI. Turut membuka booth ialah Pihak Program Perkhidmatan Farmasi – Kenali Ubat Anda yang memberi kesedaran tentang penggunaan ubat secara selamat kepada komuniti sekitar.
Dalam program ini, NADI dijemput untuk memeriahkan program, sekali gus memberi peluang memperkenalkan peranan dan fungsi NADI kepada masyarakat. Penglibatan ini memberi manfaat besar kepada NADI dengan mengukuhkan hubungan komuniti, meningkatkan keterlihatan organisasi, serta memperkukuh peranan NADI sebagai rakan strategik dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan literasi masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: