"Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki – Tapi Satu Tanggungjawab"
5 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 4 Julai 2025 (Selasa), NADI Malaysia telah menganjurkan sebuah webinar khas bertajuk "Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki – Tapi Satu Tanggungjawab" secara dalam talian melalui Google Meet, YouTube Live dan Facebook Live.
Webinar ini menampilkan Dr. Mumtazah binti Mohd Alauddin, Pakar Sakit Puan dari HSAAS UPM sebagai penceramah utama. Beliau telah membincangkan pelbagai jenis kaedah kontraseptif, cara ia berfungsi, serta menjelaskan mitos dan fakta berkaitan perancangan keluarga.
Antara isu yang disentuh termasuklah salah faham seperti kontraseptif menyebabkan kegemukan, kemandulan atau “menolak rezeki”. Dr. Mumtazah menegaskan bahawa perancangan keluarga adalah satu bentuk tanggungjawab demi kesihatan ibu, kesejahteraan keluarga dan masa depan anak-anak.
Webinar ini berjaya meningkatkan kesedaran wanita tentang kepentingan membuat keputusan perancang keluarga yang bijak dan berinformasi. Program ini juga mengukuhkan peranan NADI sebagai penyampai maklumat kesihatan yang tepat dan mesra komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: