PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA DI NADI BATAS LINTANG

7 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Julai 2025, hari Ahad, telah berlangsung Program Kacau Bubur Asyura anjuran KRT Batas Lintang bertempat di NADI Batas Lintang. Program ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk pelbagai peringkat umur yang hadir secara sukarela untuk bergotong-royong menyediakan bubur Asyura.

Aktiviti ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama dan perpaduan, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk setempat. Selain itu, ia juga menjadi wadah untuk melestarikan tradisi warisan nenek moyang agar tidak dilupakan generasi muda. Bubur yang telah siap dimasak turut diagihkan kepada golongan yang memerlukan, menjadikan program ini lebih bermakna.

Penganjuran program di NADI Batas Lintang membuktikan bahawa pusat ini berfungsi dengan berkesan sebagai tempat himpunan komuniti dan pelaksanaan aktiviti bermanfaat. Ia secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai penduduk untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan dan mengukuhkan peranan NADI sebagai pusat komuniti yang aktif dan mesra rakyat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali