Short Learning Series (SLS) NADI Mahir
8 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2025 (Isnin), satu kelas dalam talian di bawah siri Short Learning Series (SLS) NADI Mahir bertajuk "Mahir Jahit: Buat Beg Sendiri? Jom Belajar Jahit Tote Bag!" telah disiarkan secara langsung di saluran YouTube Mahir. Kelas ini terbuka kepada semua peringkat umur dan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berminat untuk mempelajari kemahiran asas menjahit beg tote.
Peserta diajar teknik asas menjahit beg dengan kaedah mudah, kreatif dan mesra pemula. Selain sebagai aktiviti seni tangan yang menyeronokkan, kelas ini turut membuka peluang kepada peserta menjana pendapatan sampingan melalui produk kraf buatan sendiri.
Program ini memperkukuh peranan NADI sebagai pusat pembelajaran sepanjang hayat yang menyokong pembangunan kemahiran praktikal masyarakat. Melalui penyampaian kandungan secara dalam talian dan terbuka, ia memperluas capaian komuniti luar bandar kepada kemahiran yang relevan dan berpotensi ekonomi. Selain itu, ia menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam aktiviti yang membina, kreatif dan berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: