Penyertaan MCMC & NADI di FestKon ke-20, UniMAP

27 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19-26 November 2025, MCMC bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah dijemput oleh UniMAP untuk membuka booth sempena Festival Konvokesyen ke-20 (FestKon). MCMC turut berperanan sebagai rakan strategik bagi penganjuran program ini.

Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan Kempen Internet Selamat, mempromosikan saluran aduan rasmi MCMC, serta memberi pendedahan mengenai perkhidmatan pintar NADI kepada para pengunjung. Sepanjang program, pelbagai aktiviti interaktif dijalankan termasuk sesi kuiz, pendaftaran ahli NADI secara percuma, serta penerangan berkaitan perkhidmatan digital kerajaan.

Booth MCMC dan NADI menerima sambutan yang menggalakkan, khususnya dalam meningkatkan kesedaran keselamatan internet dan memperluaskan capaian perkhidmatan NADI kepada komuniti kampus serta masyarakat setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali