Program Pelancaran Pelan Bandar Pintar Negeri Perlis 2030
5 September 2025 | Aktiviti TerkiniNADI telah menyertai Program Pelancaran Pelan Bandar Pintar Negeri Perlis 2030 pada 4 September 2025 di Dewan 2020, Kangar. Penyertaan ini memberi peluang kepada NADI untuk membuka booth bagi memperkenalkan perkhidmatan smart services kepada masyarakat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan saringan kesihatan, pendaftaran ahli baharu, pengenalan Mahir Pertanian Pintar, program keusahawanan serta promosi DILEA iaitu pembelajaran percuma atas talian.
Penyertaan ini memberi banyak manfaat kepada NADI, antaranya memperluas jaringan dengan komuniti setempat, meningkatkan kesedaran masyarakat tentang perkhidmatan digital yang ditawarkan, menarik lebih ramai ahli baharu, serta memperkukuh peranan NADI sebagai pusat komuniti pintar yang menyokong agenda Perlis Pintar 2030. Melalui program ini, NADI bukan sahaja memperkenalkan inisiatif digitalnya tetapi turut memperkukuh kedudukan sebagai rakan strategik dalam usaha kerajaan negeri memperkasa pendigitalan dan pembangunan masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: