Program Khas Kemerdekaan NADI
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 6 dan 7 September 2025, NADI seluruh Malaysia telah mengadakan Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia dengan pelbagai program untuk komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Perkhidmatan Pintar, pameran, pertandingan serta pengisian bertemakan kemerdekaan yang berjaya menyemarakkan keceriaan dan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat.
Kemuncak sambutan disempurnakan melalui siaran langsung bersama YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, bersama YBhg. Dato’ Seri Mohamad Fauzi bin Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi serta tetamu kehormat lain mengibarkan jalur gemilang. Ucapan Hari Malaysia yang disampaikan secara atas talian oleh YB Menteri Komunikasi kepada seluruh warga NADI menjadikan sambutan kali ini lebih bermakna dan bersejarah.
NADI dapat memperluas keterlibatan masyarakat serta memperkenalkan perkhidmatannya secara lebih meluas. Kehadiran YB Menteri Komunikasi dan pengisian berimpak tinggi seperti pelancaran PRIME juga meningkatkan imej NADI di peringkat nasional. Program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat patriotik, tetapi turut memperkukuh kedudukan NADI sebagai rakan strategik kerajaan dalam pembangunan digital dan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: