Sambutan Hari Kebangsaan di Perpustakaan Desa Tambun Tulang

27 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada hari Jumaat, 26 September 2025, Perpustakaan Desa Tambun Tulang telah menganjurkan Sambutan Hari Kebangsaan bersama pelajar-pelajar Tadika Al Islam Tambun Tulang. Program ini bertujuan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan kanak-kanak sejak usia muda.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
1. Nyanyian Lagu Patriotik – murid-murid menyanyikan lagu-lagu kebangsaan dengan penuh semangat.
2. Puzzle Malaysia – aktiviti menyusun peta Malaysia yang dapat menguji minda dan menambah pengetahuan mengenai geografi negara.
3. Outdoor Games – permainan luar yang menyeronokkan dan mengeratkan silaturahim antara peserta.

Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan jayanya serta mendapat sambutan yang sangat baik. Ia diharapkan dapat menanam nilai kecintaan terhadap tanah air dalam diri kanak-kanak serta menggalakkan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali