LAPORAN AKTIVITI KURSUS KKJP PHOTOPHONE BERSAMA USAHAWAN KEMAS SIMPANG AMPAT
1 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniTarikh: 29–30 September 2025
Tempat: KEMAS Simpang Ampat
Penganjur: KEMAS Arau
Tenaga Pengajar: Pasukan NADI Tambun Tulang & NADI Batas Lintang
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan KEMAS dalam menggunakan teknologi mudah alih (photophone) sebagai alat pemasaran digital. Peserta didedahkan kepada pelbagai aplikasi dan teknik kreatif untuk mempertingkatkan kualiti promosi produk mereka secara dalam talian.
Antara topik pembelajaran yang dijalankan sepanjang dua hari ialah:
1. Reka bentuk poster menggunakan Canva
2. Suntingan gambar menggunakan aplikasi Snapseed
3. Penghasilan video menggunakan CapCut
4. Teknik asas fotografi produk
5. Pengenalan kepada teknik prompt AI untuk membantu penulisan ayat promosi dan ciptaan poster secara automatik
Pada hari kedua, para peserta diberi tugasan untuk:
- Merakam video promosi memperkenalkan KEMAS Arau, dan
- Membentangkan hasil tugasan kreatif mereka di hadapan tenaga pengajar serta wakil KEMAS.
Semua peserta berjaya menyiapkan tugasan dengan baik dan telah menerima Sijil Penyertaan KEMAS Arau sebagai pengiktirafan penyertaan mereka.
Program ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada peserta. Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan keupayaan usahawan dalam menggunakan teknologi digital untuk memperkukuh strategi pemasaran produk mereka.
Penyertaan dalam Kursus KKJP Photophone memberi peluang kepada NADI untuk memperkukuh peranan sebagai pusat penyebaran ilmu digital di peringkat komuniti. Melalui program ini, NADI dapat memperluas jaringan kerjasama dengan agensi seperti KEMAS, mengasah kemahiran tenaga pengajar, serta mempromosikan kepakaran dalam bidang ICT dan AI. Secara keseluruhan, program ini membantu meningkatkan imej dan kredibiliti NADI sebagai peneraju celik digital di peringkat akar umbi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: