Kempen Internet Selamat MCMC x NADI

19 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Tarikh: 18 Jun 2025 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: UNIMAP, Pauh
Anjuran: MCMC dengan kerjasama NADI

Pada 18 Jun 2025, MCMC dengan kerjasama NADI telah menganjurkan Kempen Internet Selamat bertempat di UNIMAP, Pauh. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar sekolah rendah tentang kepentingan keselamatan dalam talian dan bahaya dunia siber.

Seramai 17 petugas NADI telah terlibat menjayakan program ini, yang disertai oleh 152 pelajar Tunas Puteri dari pelbagai Sekolah Kebangsaan. Program ini menggunakan pendekatan interaktif dan pembelajaran praktikal bagi menyampaikan mesej keselamatan digital dengan lebih berkesan dan mudah difahami oleh pelajar.

Antara isu-isu utama yang dibentangkan termasuklah:

Program ini juga menjadi platform strategik untuk memperkenalkan NADI kepada institusi pendidikan tinggi, sekali gus membuka ruang kerjasama masa depan. Ia turut berjaya mengukuhkan hubungan antara NADI dan komuniti, di samping menonjolkan peranan aktif NADI dalam menyampaikan ilmu serta kemahiran literasi digital kepada masyarakat akar umbi.

Secara keseluruhan, program ini telah mencapai objektifnya dalam menyampaikan mesej keselamatan internet dengan cara yang mesra, efektif dan sesuai dengan tahap pemahaman pelajar sekolah rendah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali