Keselamatan Dalam Talian @ Komuniti Madani

4 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mei 2025, Staf NADI telah mengadakan perjumpaan bersama Komuniti Madani iaitu penduduk Kampung Chantek Bangun, Kampung Guar Sanji dan Kampung Chemumar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengajaran tentang cara mengenalpasti scam menggunakan Chatgpt and penggunaan sebenarnya.my.

Selain itu, komuniti juga diberi taklimat oleh staf NADI berkenaan dengan Keselamatan Dalam Talian serta memberi sedikit sebanyak tentang inisiatif MCMC dalam meningkatkan keselamatan internet pada era serba canggih kini.

Sehubungan dengan itu, program ini juga diadakan untuk meningkatkan kerjasama antara NADI dan komuniti agar penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam mempelajari segala kemudahan ICT dan sebagainya yang telah diadakan di NADI kepada komuniti.

Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali