Kempen Internet Selamat bersama MCMC di SK Oran

26 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

NADI telah mengambil bahagian dalam program Kempen Internet Selamat anjuran MCMC yang berlangsung dengan penuh semangat di SK Oran bersempena dengan Program STEM baru-baru ini. Seramai 54 orang pelajar Tahun 5 telah terlibat dalam program ini yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko penggunaan internet yang tidak selamat dalam kalangan murid sekolah rendah.

Sebelum aktiviti bermula, pihak MCMC telah menyampaikan taklimat penting berkaitan:
Risiko penipuan dalam talian
Ancaman buli siber
Cara melindungi identiti dan maklumat peribadi
Tips penggunaan internet yang bijak dan bertanggungjawab

Para pelajar turut diberi pendedahan tentang bagaimana mengenali berita palsu serta kepentingan berfikir sebelum berkongsi sebarang maklumat di media sosial.

Program ini bukan sahaja memberi ilmu, malah membuka mata anak-anak kita tentang betapa pentingnya keselamatan digital sejak usia muda.

Disamping itu, MCMC juga membuka booth yang menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan bagi pengunjung yang hadir.

Syabas kepada semua pelajar yang menyertai dan terima kasih kepada pihak MCMC serta SK Oran atas kerjasama padu!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali